Sabtu, 14 Oktober 2023

Mandi Sungai…yeay!!!




Tanjung Malim dan Hulu Selangor ni terkenal dengan sungai yang cantik. Sebab tu hari minggu memang sesak dengan pengunjung luar. Yang konvoi bermotornya, yang konvoi keretanya…basikalnya mahupun family. 

Kami ni rajin sangat mandi sungai tu tak lah. Tapi baru-baru suami ajak mandi sungai. Tak yah bawa apa2….naik motor je dia kata. Biar betul ni!!! Apa lagi…laju lah kami bersiap. Seronok juga kalau tak payah bawa apa2. Sebab tang nak bersiap tu….kita yang pempuan ni letih. 

Apapun alhamdulillah ala kulli hal. Syukur dengan segala kurniaanNya. Happy sangat masing-masing dapat mandi sungai…pergi naik motor plak tu. Advanture lah kononnn. Haha. Ni lah untungnya kalau duduk kampung macam ni. Nak rest…bercuti tak yah jauh. Zero kos plak tu. Ok lah, wassalam. 



Jumaat, 13 Oktober 2023

Siapa pulak Ummunuha?



Ummu Nuha….nama ni bukan lah nick name saya. Tapi saya dan suami memang sering guna nama Nuha ni. Ummu…macam yang kebanyakan kita dah tau makna dia ibu. Nuha pula makna dia cerdik. Kedua sebenarnya NUHA ni singkatan nama empat2 orang anak kami. 

NU H : Nurhannah, Nurhilwwani dan Nurhumira'

A : Ahmad Fauzan

Sebab tu kami sering guna nama Nuha ni untuk apa pun. Nama yang lembut, pendek dan mudah disebut. Mudah-mudahan ia menjadi doa buat anak-anak kami. Amin



                

Tentang Aku






Nama saya Fatimah Afifah. Ni first time saya menulis blog. Dulu masa blog ni tengah femes dan jadi trend, saya tak pernah pun terfikir nak tulis. Sampai lah baru-baru ni suami saya share tentang hobi. Masa tu baru saya terfikir…saya macam dah takde hobi selepas 17 tahun kawin. Memang tak terfikir pun.

Ya….saya surirumah sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama bisnes kecil-kecilan. Kecil-kecilan lah kiranya sebab belum besar lagi. hehe. Jadi sepertimana suri-suri rumah yang lain, rutin saya….kerja rumah, urus anak2, urus bisnes, dan bantu suami jaga mak mertua. Semua ni penuh dah 24 jam tu. Jadi saya memang dah terlupa apa yang saya suka selama ni.

Dari dulu suami selalu cakap yang saya ni pandai menulis. Maksud dia…menulis santai2 macam ni. Sebab dia memang kurang sikit kalau menulis. Tulisan dia agak formal…dah macam jurnal pun ada kadang-kadang. Haha. Memang saya suka menulis dulu masa zaman sekolah. Saya tulis apa saja yang terlintas. Tapi dalam masa yang sama saya tak berapa suka membaca novel. Sebab bagi saya masa tu, baca novel ni buang masa. Saya fokus study je sebab bagi saya…saya ni tak pandai. Jadi tak boleh nak lenggang2 macam orang lain. Bagi saya lahhh.

Ok…balik semula pasal hobi tu. Saya mula terfikir apa yang saya suka dan boleh buat…tapi bermanfaat. Saya cakap dgn suami yang saya nak cuba buat blog. Tambahan pula saya ni surirumah. Saya memang takde kawan sangat. Kawan saya sehari2 adalah suami dan anak-anak. Jadi bila menulis ni, saya rasa macam saya bercakap dengan kawan. Oh ya lupa nak cerita pasal keluarga. Saya anak sulung daripada 6 beradik. Lahir di Selangor, membesar di Kuala Lumpur tapi keluarga asal Terengganu. Jadi korang nak label saya orang Terengganu ke KL ke…ikutlah. Saya tak kisah. Hehe.

Alhamdulillah saya dikurniakan 4 orang cahaya mata daripada 7 (3 gugur). Anak kami 3 perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah anak perempuan semua dah besar….sekolah menengah dah. Yang laki sorang tu je yang baru 4 tahun. Alhamdulillah ala kulli hal. Jadi bila anak-anak dah besar ni, anak-anak lah kawan karib saya. Tempat saya berkongsi macam2 cerita. Sama lah dengan diorang.

Lagi satu dan lastly…saya tulis ni sebab saya harap boleh lah share sikit ilmu yang ada. Saya cakap dgn suami…saya tak suka menulis benda ilmiah dan fakta. Peninggg. Saya suka santai2 macam ni supaya semua orang selesa membaca. Tak heavy orang kata. hehe

Ok lah, cukup lah dulu kali ni. Blog ni pun banyak lagi saya kena godek2 dan edit. Ada masa nanti saya sambung lagi cerita. Wassalam…



Autistik : Rutin Hariannya

Lama betul dah tak menulis. Last Novembr 2024. Selalu teringat nak tulis tapi mood takde. Kali ni rasa nak rakam sikit coretan tentang anak ...