Berdamai dengan takdir....mudah ke? Tapi apa yang lebih penting, apa maksudnya? Perkataan mudah dan yang lebih tepat lagi adalah REDHA. Mudah sangat untuk di ucap tapi sangat sukar untuk kita Berdamai Dengan Takdir. Saya yakin ramai sangat yang hanya berbohong pada diri sendiri.
Ya aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah. Tapi hati terus gusar dan bungkam. Kenapa ya? Sebab sebenarnya kita TAK PERNAH PUN BERDAMAI DENGAN TAKDIR! Kita sering hanya berbohong dengan diri sendiri untuk tenteramkan hati buat sementara waktu.
Bila terperangkap dalam perangkap takdir sendiri, kita terus pertikai akan hak kita untuk juga gembira dan bahagia. Hak kita untuk turut hidup senang dan sentiasa tersenyum seperti insan-insan lain. Hak kita untuk tak dilukai dan ditindas. Walaupun kita sangat arif dan maklum dengan ayat Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
Maksudnya: Allah tidak memberi seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah:286)
Lantas kita jadi makin keliru.....adakah aku selama ni berdamai dengan takdir? Letakkan tangan di dada dan tanya diri sendiri....adakah aku tenang? Adakah aku masih ada rasa dendam, sedih, marah dan tak puas hati? Hanya anda yang tahu isi hati anda. Tak perlu berbohong sebab Allah itu Maha Tahu. Jangan cakap Allah tak dengar rintihan hati anda jika anda sendiri tak pernah redha dan berdamai dengan takdir yang telah ditulisNya. Kita ni manusia yang gopoh dan tak sabar. Semuanya kalau boleh kita nak tahu jawapan segera. Kenapa macam ni Ya Allah kenapa macam tu Ya Allah.
Di sebalik itu, pernahkah kita terfikir untuk bersangka baik dengan segala takdir Nya? Lantas sentiasa memaafkan segala dosa insan sekeliling yang berdosa dengan kita. Sujud dan tunduk mohon ampun akan sikap angkuh kita selama ini yang kononnya tahu segalanya apa yang kita rasa. Kononnya kita lah manusia yang paling menderita dan merana.
Tenang lah wahai sahabat kerana kita semua hamba Dia yang sangat Dia kasihi kerana Allah sebutkan di dalam surah al-Baqarah:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ١٨٦
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Bukan mudah untuk berdamai dengan takdir....jadi minta dan berdoalah dengan Dia yang memegang hati-hati manusia supaya kita mampu Berdamai Dengan Takdir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan