Nama saya Fatimah Afifah. Ni first time saya menulis blog. Dulu masa blog ni tengah femes dan jadi trend, saya tak pernah pun terfikir nak tulis. Sampai lah baru-baru ni suami saya share tentang hobi. Masa tu baru saya terfikir…saya macam dah takde hobi selepas 17 tahun kawin. Memang tak terfikir pun.
Ya….saya surirumah sebenarnya. Tapi dalam masa yang sama bisnes kecil-kecilan. Kecil-kecilan lah kiranya sebab belum besar lagi. hehe. Jadi sepertimana suri-suri rumah yang lain, rutin saya….kerja rumah, urus anak2, urus bisnes, dan bantu suami jaga mak mertua. Semua ni penuh dah 24 jam tu. Jadi saya memang dah terlupa apa yang saya suka selama ni.
Dari dulu suami selalu cakap yang saya ni pandai menulis. Maksud dia…menulis santai2 macam ni. Sebab dia memang kurang sikit kalau menulis. Tulisan dia agak formal…dah macam jurnal pun ada kadang-kadang. Haha. Memang saya suka menulis dulu masa zaman sekolah. Saya tulis apa saja yang terlintas. Tapi dalam masa yang sama saya tak berapa suka membaca novel. Sebab bagi saya masa tu, baca novel ni buang masa. Saya fokus study je sebab bagi saya…saya ni tak pandai. Jadi tak boleh nak lenggang2 macam orang lain. Bagi saya lahhh.
Ok…balik semula pasal hobi tu. Saya mula terfikir apa yang saya suka dan boleh buat…tapi bermanfaat. Saya cakap dgn suami yang saya nak cuba buat blog. Tambahan pula saya ni surirumah. Saya memang takde kawan sangat. Kawan saya sehari2 adalah suami dan anak-anak. Jadi bila menulis ni, saya rasa macam saya bercakap dengan kawan. Oh ya lupa nak cerita pasal keluarga. Saya anak sulung daripada 6 beradik. Lahir di Selangor, membesar di Kuala Lumpur tapi keluarga asal Terengganu. Jadi korang nak label saya orang Terengganu ke KL ke…ikutlah. Saya tak kisah. Hehe.
Alhamdulillah saya dikurniakan 4 orang cahaya mata daripada 7 (3 gugur). Anak kami 3 perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah anak perempuan semua dah besar….sekolah menengah dah. Yang laki sorang tu je yang baru 4 tahun. Alhamdulillah ala kulli hal. Jadi bila anak-anak dah besar ni, anak-anak lah kawan karib saya. Tempat saya berkongsi macam2 cerita. Sama lah dengan diorang.
Lagi satu dan lastly…saya tulis ni sebab saya harap boleh lah share sikit ilmu yang ada. Saya cakap dgn suami…saya tak suka menulis benda ilmiah dan fakta. Peninggg. Saya suka santai2 macam ni supaya semua orang selesa membaca. Tak heavy orang kata. hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan