29 Jun 2024 : Minta balik bawa anak ke klinik
Saya tak tunggu lama. Saya terus mesej guru sekolah kakak iaitu PKHEM (Penolong Ketua Hal Ehwal Murid) sebab cadang nak bawa balik untuk rujuk ke klinik. Dengan PKHEM saya cerita lagi semuanya.....supaya dia faham dan memudahkan segala urusan nanti. Pada saya.....saya perlu cepat dan pantas sebab SPM cuma tinggal 5 bulan sahaja lagi. Lepas tu PKHEM jawab anak saya boleh balik kalau dia ada mc 3 hari drp klinik. Pening kepala saya. Puas fikir macam mana cara nak bawa anak balik kalau macam ni gayanya. Saya pun call adik dan adik ipar (doktor) untuk tanya pandangan. Masa ni family saya start tau.
Dalam pada saya berbincang dengan PKHEM, saya berbincang lagi dengan suami dan kawan saya tu. Akhirnya kami decide untuk suruh kakak jumpa kaunselor sekolah dulu. Saya beritahu PKHEM yang kami tak jadi bawa anak balik. Jadi PKHEM bantu sampaikan hal ini kepada kaunselor tersebut dan beri pada saya no fon kaunselor.
4 Julai 2024 : Kakak jumpa kaunselor
Di pendekkan cerita, mingggu depan kakak jumpa kaunselor. Petang hari dia jumpa kaunselor tu, macam yang dijangka....kakak call saya cerita semuanya. Tapi saya tak mau lurus sangat, esoknya saya mesej direct kaunselor tanya tentang anak saya. Pandai2lah saya buat ayat supaya dia tak rasa yang kita ni macam tak percaya pada dia. Saya cakap yang anak saya ni kadang2 tak cerita habis. Jadi saya nak tau sendiri drp kaunselor. Daripada mesej kaunselor tu, memang ceritanya sama dengan cerita anak saya. Katanya anak saya belum anxiety lagi tapi lebih kepada depression sebab nak SPM. Lepas tu saya tanya bila next appoinment dan DASS TEST tak buat ke? dia kata minggu depan. Lepas tu saya tak follow up dah dengan kaunselor tu. Saya nak tengok.
5 Julai 2024 : Kakak minta balik
Minggu ni kakak minta nak balik. Dia dah tak larat nak ikuti program sekolah weekend tu. Saya faham sangat....dia dah terlalu penat sebab jadual harian dah terlalu padat ditambah dengan penyakit di hidapinya. Saya gagahkan diri mohon bawa anak balik dengan PKHEM dengan alasan nak bawa anak ke klinik dan rawatan luar. Dengan cermat dan teliti saya mesej pada PKHEM. Alhamdulillah kakak dapat balik. Minta lah apapun saya sanggup sediakan asalkan anak saya dapat balik. Bila balik rumah, kakak bagitau yang dia kurang senang dengan cara cikgu dia jawab mesej saya. Saya kata takpe....abaikan. Saya tak mau fikir. KIta fokus selesaikan masalah kita dulu. Kita ikut flow....insyaAllah.
10 Julai 2024 : Kakak pergi klinik refer ke doktor
Minggu depan hari selasa kakak call minta nak pergi klinik sebab dia kata kaunselor tu takkan panggil dia semula untuk next appoinment. Saya kata betul juga. Jadi hari rabu tu dia pergi klinik dengan warden. Petang tu kakak call macam biasa....dia kata doktor kata dia memang anxiety stage awal. Jadi minggu depan dia dirujuk ke doktor pakar. Minggu depan doktor pakar cakap benda yang sama. Luluh hati saya. SPM dah dekat sangat. Cuma yang lega sikit doktor kata kakak belum sampai perlu makan ubat. Cuma dia perlu jumpa kaunselor untuk tau apa yang perlu dia buat untuk kurangkan anxiety. Dalam masa yang sama saya teruskan cari dan gali lagi maklumat. Doktor pakar tu beri referral letter pada kakak untuk appoinment dengan kaunselor.
19 Julai 2024 : Kakak minta balik lagi
Minggu ni dalam masa yang sama, kakak minta lagi nak balik. Sekejap pun jadi lah dia kata. Saya faham sangat apa yang dia rasa. Hati saya sebagai ibu sedih dan luluh membayangkan ketakutan yang dia hadapi seorang diri di asrama. Dia tiada sesiapa di sana. Suami saya cuba mohon bawa anak pulang dengan PKHEM. Dengan ayat yang sangat teliti dan cermat, suami mohon pada PKHEM. Kami telan segala apa yang kami rasa asalkan kami dapat bawa anak kami balik. Saya tak mau cerita detail....tapi akhirnya kami dapat bawa dia pulang.
Lega tengok anak depan mata. Wallahi masa ni kami berdua kalau ikutkan hati memang nak sangat tukarkan dia ke sekolah dekat dengan rumah. Tapi kami pendam apa yang kami rasa. Sebab kami tak mau ganggu pelajaran kakak. Biar dia fokus. Lagipun sekarang bukan masa yang sesuai nak pindah sekolah, Nanti orang kata kami ni gila dan penting diri! Selagi mana kakak tak sebut nak pindah, kami pendam. Tapi dalam masa yang sama kami tak berhenti bagi dia semangat.
Masa ni juga hampir setiap minggu kami ulang alik ke asrama kakak. Bukan dekat.....dah boleh jamak. Duit tak yah cerita lah. Bukan apa....kita ni bukan orang senang sangat. Cukup2 je. Tapi demi anak kami lalu je. Yakin akan ada pertolongan dari Dia nanti.
Jadual Harian Yang Sangat Padat!
Nak dijadikan cerita satu hari telefon saya rosak. Saya tak ingat tarikhnya. Jadi kakak tak dapat call saya macam biasa. Bila jadi macam ni, dia call abah dia. Entah apa yang dibualkan mereka tak pasti, tapi petang tu suami tanya saya...."Kakak ada tak bagitau jadual dia sampai pukul 12,30 malam?" Saya kata...."Dia ada bagitau sebelum ni yang dia penuh sangat waktu malam tapi saya tak tau program apa atau kerja apa. Saya tak banyak tanya sebab saya ingatkan kerja2 pengawas" Suami pun cerita yang kakak bagitau kul 11.30 -12.30 malam diorang diwajibkan buat study group. Allah.....berat rasa dada dan kepala. Suami sangat marah. Tapi apa yang boleh kami buat? Takde apa. Jangan suruh kami complain!!! Serius masa ni rasa penat sangat. Lagi membuak-buak hati kami ni rasa nak tukarkan dia sekolah. Tapi kami pendam lagi.
Kami bukan jenis yang push anak supaya kami bangga dengan pencapaian dia. Anak adalah keutamaan kami walau apapun. Tapi dalam masa yang sama kami juga sangat jaga batas kami. Kami jenis yang sangat berhati-hati dalam bertindak. Sebab tu kami sentiasa ajar anak2 supaya banyakkan sabar dan redha. Kita ibu bapa adalah contoh tauladan terbaik bagi anak-anak. Walau macam mana sedih pun kita, kita tetap ada batasan dalam bertindak supaya kita tak keterlaluan. Islam ada garis panduannya dalam semua hal. Jadi semoga kita semua sentiasa di dalam panduan dan hidayahNya amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan