Ahad, 28 Julai 2024

Anxiety Episod 1 : Kakak tak dapat jawab paper account (subjek favourite dia)


Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala Aali Muhammad. Lama dah tak menulis. Kekangan masa dan sangat penat. Hari ni kerja masih banyak sebenarnya....malah belum mula pun lagi. Jam dah pukul 1 tengahari. Serius takde mood nak buka fail. Dada rasa ketat dan kepala rasa berat sangat. 

Tak pasti sebenarnya nak share atau tak. Tapi tangan ni rasa nak menulis sesuatu. Kepala berputar ke masa setahun yang lepas....kadang-kadang sampai ke 18 tahun yang lepas. Semuanya datang bertamu....tanpa diuandang...sukar disekat. Perlu ke layan? Tak....tak boleh. Ok....kalau macam tu, let's write!!!


26 Jun 2024 : Kakak exam paper Account 

Kakak habis exam hari ni. Saya tau hari ni paper account. Saya lega...tak susah hati macam selalu sbb yakin subjek ni dia boleh score. Petang lepas asar macam biasa, seperti mana yang dijangka....kakak call. Saya angkat fon sambil baring. Lepas tu dia kata....."Ummi, hari ni kakak tak dapat jawab paper account." Saya masih tenang dan masih baring. Sebab dia memang selalu mcm tu....mulut kata tak dapat jawab, tapi last2 dapat A jg. Last2 dia jg yang highest. Tapi saya tanya juga....."Takleh jawab macam mana?" Kakak jawab..."Sejam kakak tenung soalan pertama je. Kakak jadi blank tak tau nak jawab apa. Masa berbaki beberapa minit tu, kakak tak tau kakak jawab macam mana baki 3 soalan". Saya terkejut dan terpaku. Terus terbangun dari baring. Duduk di tepi katil. Saya cuba dengar lagi cerita kakak. 

Kakak dah menangis teresak2. Saya pula yang jadi blank masa tu!. Dalam masa yang sama kemarahan saya naik membuak-buak. Sebab apa? Sebab benda ni pernah jadi masa dia UPSR dulu. Ingat balik masa UPSR dulu....saya sangat sedih dan kecewa. Sejak dari dia form 1 saya pesan pada dia beribu kali supaya jangan lagi ulangi peristiwa masa darjah 6 dulu. Bagi saya dia over thinking. Dia bukan saja kuat study tapi over thinking. Over thinking tu yang memusnahkan semua usaha dia selama bertahun-tahun. Dia over thinking sampai jadi sangat takut....last2 blank masa exam. Masa tu dia best student. Daripada peperiksaan pertengahan tahun sampai ke trial, dia sorang je yang dapat 6A. Last2 result sebenar dia dapat 3A je. Kami terdiam dan terduduk. Dalam masa yang sama sedih sangat tengok dia. 

Kami semua sentiasa bagi sokongan tanpa berbelah bagi.....bagi dia semangat. Tapi tak sangka....hari ni macam berulang lagi. Saya marah sangat waktu tu. Memang marah sangat2!!. Sebab SPM dah nak dekat. Allahu sakit dada saya.

Malam tu entah kenapa kepala saya ligat berfikir. Hati ni rasa macam ada yang tak kena. Mula rasa menyesal sebab marah kakak petang tadi. Dah lah dia tengah sedih....dia yang jawab soalan....dia yang menanggung semua. Tapi saya marah pulak!!!. Rasa mcam nak pukul diri sendiri. 

Esok pagi saya pergi mengajar macam biasa. Pagi tu saya panggil sorang pelajar saya ni....tanya dia tentang masalah kesihatan dia. Saya tau dia menghidap anxiety. Semalam anxiety dia datang....jadi dia tak datang kelas. Saya memang suka bertanya pelajar2 saya jika nampak mereka ada masalah. Bantu sekadar mampu. Saya tanya dia apa masalah awak kali ni sampai anxiety datang balik? Dia mula bercerita....penat sangat kata dia. Saya tanya lagi macam mana awak tau yang awak menghidap anxiety dulu? Dia cerita simptom2 awal. Saya terkejut...sebab simptom2 tu sama dengan simptom2 yang kakak hidapi selama ni. Kami dah bawa dia ke klinik beberapa kali. Doktor kata takde apa. Dah cek jantung, darah semua....semua ok. Ya sama! Sakit dada di ulu hati macam gastrik, rasa sesak nafas dan mengantuk. 

Saya mula berfikir yang kakak ada anxiety. Ligat kepala saya mencari jalan untuk dapatkan jawapan yang lebih pasti dan jelas. Saya tak tahu sangat pasal anxiety ni tapi ada lah dengar2 orang dok bercerita. Jadi saya mula buat kajian dan bertanya kawan (lecturer USIM dalam bidang psikologi). Panjang sangat kami berbual dalam whatsapp. Tapi saya lega sebab banyak sangat dapat info. Benda-benda yang selama ni saya tak pernah tahu. 

Esok petang kakak call lagi. Saya dah reda dan tenang....dia pun sama. Suara dia lebih tenang kali ni. Lepas tu saya kata pada dia...."Kakak, ummi rasa macam ada yang tak kena dengan kakak. Ummi tak pasti tapi rasa macam ada simptom anxiety". Lepas tu dia jawab "Ya kakak tau....kakak pun rasa mcam tu. Sebab kakak ada belajar pasal mental health kat sekolah. Cumanya kakak tak cakap kat ummi selama ni sebab kakak tak pasti" 

Jadi bermula lah episod baru....ANXIETY.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Autistik : Rutin Hariannya

Lama betul dah tak menulis. Last Novembr 2024. Selalu teringat nak tulis tapi mood takde. Kali ni rasa nak rakam sikit coretan tentang anak ...