Khamis, 22 Ogos 2024

ANAK MUDA.....


Sejak anak bongsu dah masuk tadika, setiap hari saya akan ke library buat kerja2 bisnes. Kadang di kampus baru, kadang2 di kampus lama. Alhamdulillah syukur dengan segala kemudahan walaupun saya ni bukannya pelajar UPSI.

Berada bersama dengan anak2 muda yang umur mereka tak beza mana pun dengan anak2 saya........saya sering perhatikan perilaku mereka. Saya amati dan cuba memahami. Satu perkara yang saya syukur, UPSI ni ketat dengan etika pakaiannya.....maknanya tak lah sebebas universiti lain. Kalau tak, pening rasanya kepala saya. 

Bercakap tentang perilaku, dari dulu bila setiap kali saya masuk UPSI....ke mana saja saya pergi, ramai juga pelajar2 yang beri salam dan tegur saya. Assalamualaikum puan.....assalamualaikum Dr. Bila kena panggil 'Dr' tu.....senyum meleret saya sorang2. Bangga sekejap....hahaha. Apapun saya selalu aminkan sebab impian tu memang ada, cuma rezekinya yang belum ada. Bagus diorang ni.....akhlak ini yang kita mahu kekalkan dalam diri anak2 muda kita. Saya akui saya bangga sebagai rakyat Malaysia dan Bangsa Melayu khususnya. Banyak lagi sebenarnya contoh lain....seperti guru tuition math dan addmath anak saya. Dia pelajar UPSI. Subhanallah sangat baik, sopan dan berbudi bahasa. Saya sangat senang berbicara dengan dia. Sangat lembut. Sebab tu hingga kini saya masih hantar anak saya tuition dengan dia. Tahniah ibu bapa dan guru2 kepada pelajar2 hebat ini.

Namun ada juga cerita yang kurang menyenangkan. Sebagai agent property, saya juga sering berurusan dengan pelajar2 UPSI yang cari rumah sewa. Bukan kami saja yang pernah berhadapan dengan anak muda yang mcm ni, tapi ramai lagi rakan2 kami. Bila msg atau bercakap dengan kami.....dia panggil kita "awak" je. Allah......saya tepuk dahi. "Awak ada tak rumah lain?" Contoh ayat. Gitu je kau! lepas2 tu memang ber awak2 je dia dgn kita. Bukan sorang dua ye. Eh anak2, mana budi bahasa korang? Kering tekak cikgu2 dan ustaz ustazah korang mengajar. Bila kat luar, macam ni korang bercakap. Sebagai orang tua, saya sedih....tambahan pula saya juga ada anak remaja yang sedang membesar. 

Maaf ye nampak macam saya fokus di UPSI sahaja. Sebab kebetulan saya tinggal di Tanjung Malim. Itu saje. Jadi semua contoh dan kejadian mmg hanya di UPSI. Tapi saya pasti keadaan dan senario ini ada di mana2. Ia isu global sebenarnya. Tambahan lagi bila kita terpaksa bersaing dengan media sosial untuk menjadi guru dan contoh bagi anak2 muda ini. 

Satu hari di cafe pula, saya duduk sarapan dengan suami. Berhadapan dengan saya sekumpulan pelajar UPSI. Tak berniat nak perhatikan sangat pun sebenarnya sebab kami asyik berbual masa tu. Tapi mata ni terpandang seorang pelajar yang tak sempat duduk, sambil berdiri cedok makanan kawan dia dan makan sambil berdiri. Bila dia dah duduk dengan makanan dia, dia duduk dengan kaki terangkat dan agak terkangkang. Saya malu tengok. Isy....awak tu perempuan!!! Masa tu dia bukan pakai baju kurung tapi tshirt dengan seluar. Tshirt tu pula bukan tshirt muslimah. Hmm....kot bagi orang lain ok, tak tahu lah. Tapi saya jadi segan.  Kalau anak saya, memang kena pulas dah peha kat situ!.

Ya mendidik ni bukan perkara mudah. Daripada sekecil2 hal hingga ke sebesar2 perkara, kita wajib titik beratkan. Memang kita perlu banyak bersama dengan anak2 supaya mereka selalu dapat lihat contoh terbaik daripada kita sebagai ibu dan ayahnya. Kalau tak, mereka akan terlepas banyak sangat perkara terpenting dalam hidup yang menjadi nilai dan mutiara berharga. Sebab tu bagi mereka yang buta mata hatinya, mereka takkan dapat bezakan antara kaca dan mutiara. 

Contoh terbaik adalah Rasulullah. Itu pasti....tapi kita masih jauh dan makin jauh. Itu hakikatnya. Sampai bila? Nak tunggu bila? Sampai Imam Mahdi keluar ke? Sampai Nabi Isa turun ke? Sebab tu kisah dan sirah Rasulullah serta para sahabat ini kita perlu sentiasa ulang2 hingga ia menjadi halwa telinga anak2 kita. Hingga ia tersemat kemas dalam hati dan minda. Supaya tak mudah goyah prinsip dan akidah ANAK2 MUDA ini.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Autistik : Rutin Hariannya

Lama betul dah tak menulis. Last Novembr 2024. Selalu teringat nak tulis tapi mood takde. Kali ni rasa nak rakam sikit coretan tentang anak ...