Bulan 10 / 2024.....bermula Peperiksaan Percubaan SPM yang pertama. Anak yang nak periksa, saya yang berdebar....pening kepala. Allah saje yang tahu hati saya. Saya yakin suami saya pun sama. Sebab apa? Sebab emosi dia masih tak stabil. Kadang ok kadang tak.
Tapi sebagai ibu, saya tak pernah putus asa bantu dan beri semangat. Kalau bab bercakap dengan anak ni....mak mak tau je lah. Berbuih mulut. Walaupun kita ulang benda yang sama, tapi kita tetap juga bercakap. Kerana anak, kita gali dan cari segala maklumat yang boleh bantu dia. Sampaikan apa yang kaunselor cakap pada anak saya tu boleh kata sama dengan apa yang saya dok cakap dan ulang. Nampak tak.....the power of a mom. 😎
Ayah dia....tak payah cerita. Ayah dengan cara ayah. Mulut tak banyak biacara. Tapi setiap hari tanya saya tentang anak dia. Nampak sangat dia susah hati. Sehari kakak tak telefon, dia akan tanya....kakak tak call ke hari ni? Masa ni.....cakap nak apa. Dia akan cuba dapatkan untuk kakak dengan apa cara sekali pun. Itu yang saya terharu dan sebak sangat. Bukan apa....sebab kami ni bukan orang senang. Masa ni bisnes tengah jatuh teruk. Income memang takde. Satu hari dia minta nak beli kasut sukan sebab katanya kasut dia dah bocor. Suami terus cari dalam shopee dan lazada dan belikan untuk dia kasut sukan branded siap warna ungu. Warna kesukaan kakak memang warna ungu. Suami cari sampai jumpa. Lepas tu, beberapa minggu lepas tu.....kakak minta nak tablet pulak. Saya tau dia memang guna untuk belajar....saya tau anak saya. Saya tau dia tak bohong. Saya tanya suami. Tapi reaksi suami lepas tu yang sangat mengejutkan saya. Dia tak banyak bicara. Dia terus buka fon dia dan cari tablet yang sesuai untuk kakak. Lusa tu suami order....harga RM1000 lebih. Masa ni bisnes kami memang takde sale. Mana dapat duit? Tak perlu tanya. Yang pernah lalui je tahu macam mana seorang ayah usaha cari duit untuk anak dia. Itu lah dia suami saya. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tapi sampai satu tahap kita rasa macam mencurah air ke daun keladi. Selepas semua yang kita dah beri, kita jadi terlalu penat kerana terlalu banyak memberi, tapi tak menerima. Satu malam dia telefon saya macam biasa. Dia bagitahu saya yang esok exam Sejarah tapi dia tak study apa langsung. Sebab dia down dan sedih. Dia sedih disebabkan benda yang sangat2 remeh yang mana sehari sebelum tu dia dah cerita pada kami dan kami dah motivate dia....dah bercakap banyak dengan dia. Tapi akhirnya....dia masih sama. Buang masa dan tenaga dengan perkara yang langsung tak perlu. Masa tu jam dah dekat pukul 12 malam. Saya masa tu dah atas katil nak tidur. Darah saya mendidih serta merta.
Jangan cakap saya tak faham tentang enxiety. Selepas lalui selama 6 bulan sendirian, saya sangat puas dengan apa yang dah kami semua beri pada dia. Segala keringat kami tumpahkan hanya untuk dia. Jadi malam tu saya marah sungguh2. Saya luah semuanya. Suami cuba redakan saya tapi saya makin marah. Masa2 macam ni saya tak suka orang masuk campur. Ia cuma bagai mencurah minyak ke dalam api yang dah sedang marak.
Malam tu saya matikan telefon tanpa salam dan tanpa sebarang kata. Saya sungguh2 kecewa. Saya tak ralat dengan apa yang saya dah buat sebab saya dah buat segalanya untuk dia. Malah lebih daripada yang sepatutnya. Kami beri semuanya. Esoknya dua hari saya tak wasap dia. Dia pun mendiamkan diri tak telefon dan tak wasap macam biasa. Tapi selama dua hari tu saya hantar berpuluh poster dan video motivasi. Masa ni dah tak guna bercakap. Malah saya kalau boleh tak mau bercakap dah. Biarlah gambar pulak yang berbicara untuk saya.
Tapi siang malam kami tak pernah berhenti berdoa untuk dia. Hanya pada Allah kami bergantung harap dan bersandar. 😢 Dipendekkan cerita, minggu lepas kakak bagitahu keputusan penuh Peperiksaan Percubaan dia aritu. Subhanallah wal hamdulillah.....dia dapat 8A 2C 1G. Dengan emosi dia yang masih macam tu, keputusan ini dah tentu amat membanggakan kami.
Tapi pemberian kami tak berhenti di situ. Dia habis exam percubaan tu pada 22 Oktober 2024....paper Sains. Hari tu dia minta nak balik. Nak rehat dan belajar di rumah katanya. Duduk SBP sangat2 susah nak dapat balik kalau takde mc lebih 3 hari. Tapi kami usahakan juga walaupun hati dan muka ni tebal sangat dah dengan warden dan PKHem. Demi anak.....kami gagahkan juga. Lagi satu sebab kenangkan SPM dah nak dekat. Jadi rasa kuat lah sikit nak berjuang tu. Kalau tak memang tak sanggup. Letih sangat setiap kali cuba minta balik dengan PKHem. Walaupun pihak sekolah sedia maklum yang anak kami dah disahkan enxiety oleh doktor pakar....tapi layanan teteap sama. Kita sebagai ibu bapa harus akur walau macam mana sayang pun kita pada anak. Walau macam mana susah hati pun kita.
Sampai satu hari mak saya sendiri sebut....."Rasa menyesal hantar kakak ke SBP. Masa awal2 dapat tu kita semua happy sangat. Tapi tak sangka jadi macam ni" Banjir dah saya masa tu. 😠Sahabar2.....masa saya tulis ni, ada sebulan saje lagi nak SPM. Mohon doakan anak kami terus stabil dan dipermudahkan Allah. Semoga Allah juga permudahkan segala urusan kalian. Amin.