Dia masih terlalu kecil untuk mengerti segalanya. Tapi aku memarahinya setiap hari seakan2 esok dia akan dewasa. Setiap kali anak kecilku senyum manis padaku, hatiku luluh sedih. Sedih kerana aku merasakan seolah2 telah banyak luka yang si kecil ini simpan dek kerana kemarahanku setiap hari.
Ya Allah....aku sangat terluka dengan kejahilan dan kebodohanku sendiri. 😭 Dia masih kecil dan dia anak istimewa. Dia sangat istimewa. Dia tak pernah bersalah, tapi yang bersalahnya adalah aku. Yang gagal mendidik adalah aku. Tapi kenapa aku sangat marah pada dia kerana kedegilannya?
Lihat dia tidur nyenyak, hati aku bertambah pedih. Perit bila kenangkan dia tertidur dalam keadaan menangis. Hati ibu ini bagai disiat2....meronta2 meraung dek kerana rasa bersalah yang amat. 😭
Anak kecil kami dilahirkan sebagai autistik. Sedari awal lagi kami berlapang dada terima ujian kecil ini. Tapi sungguh.....aku akui. Rupanya jalan yang perlu kami tempuh selepas itu tak mudah. Sangat susah Ya Allah. Siang malam aku berdoa sebut namanya. Aku takkan putus asa untuk lihat dia membesar jadi anak yg normal dan soleh.
Sering kali rasa takut menerjah. Aku takut kalau aku hilang kawalan. Justeru aku sering berdoa supaya Allah berikan aku kekuatan dan petunjuk. Menjaga anak autistik ini tak mudah. Memang sangat2 menguji kesabaran dan iman. Membaca perkongsian ibu2 kepada anak2 autistik lain di media sosial juga sama. Terkadang kami ini tak ubah macam orang hilang akal. Ada ketika kami berasa seolah2 bercakap sorang2. Kerana belum tentu pun anak istimewa kami itu mengerti.
Terkadang kami sendiri keliru....dia faham ke? Sebab dalam masa yang sama dia sebenarnya adalah anak yang pintar. Itu memang pasti. Akal dia kadang2 tak terjangkau di fikiran kita. Lantas sampai ke satu tahap kita jadi kelelahan. Badan dan fikiran jadi amat lelah.
Ya Allah kasihani lah kami supaya kami sentiasa tenang dan mampu didik anak kecil kami dengan cara yang lebih baik. Berikan kami kekuatan Ya Allah. 😔🥺
Tiada ulasan:
Catat Ulasan