Rabu, 31 Julai 2024
Berdamai Dengan Takdir
Anxiety Episod 2 : Rujuk Ke Pakar
29 Jun 2024 : Minta balik bawa anak ke klinik
Saya tak tunggu lama. Saya terus mesej guru sekolah kakak iaitu PKHEM (Penolong Ketua Hal Ehwal Murid) sebab cadang nak bawa balik untuk rujuk ke klinik. Dengan PKHEM saya cerita lagi semuanya.....supaya dia faham dan memudahkan segala urusan nanti. Pada saya.....saya perlu cepat dan pantas sebab SPM cuma tinggal 5 bulan sahaja lagi. Lepas tu PKHEM jawab anak saya boleh balik kalau dia ada mc 3 hari drp klinik. Pening kepala saya. Puas fikir macam mana cara nak bawa anak balik kalau macam ni gayanya. Saya pun call adik dan adik ipar (doktor) untuk tanya pandangan. Masa ni family saya start tau.
Dalam pada saya berbincang dengan PKHEM, saya berbincang lagi dengan suami dan kawan saya tu. Akhirnya kami decide untuk suruh kakak jumpa kaunselor sekolah dulu. Saya beritahu PKHEM yang kami tak jadi bawa anak balik. Jadi PKHEM bantu sampaikan hal ini kepada kaunselor tersebut dan beri pada saya no fon kaunselor.
4 Julai 2024 : Kakak jumpa kaunselor
Di pendekkan cerita, mingggu depan kakak jumpa kaunselor. Petang hari dia jumpa kaunselor tu, macam yang dijangka....kakak call saya cerita semuanya. Tapi saya tak mau lurus sangat, esoknya saya mesej direct kaunselor tanya tentang anak saya. Pandai2lah saya buat ayat supaya dia tak rasa yang kita ni macam tak percaya pada dia. Saya cakap yang anak saya ni kadang2 tak cerita habis. Jadi saya nak tau sendiri drp kaunselor. Daripada mesej kaunselor tu, memang ceritanya sama dengan cerita anak saya. Katanya anak saya belum anxiety lagi tapi lebih kepada depression sebab nak SPM. Lepas tu saya tanya bila next appoinment dan DASS TEST tak buat ke? dia kata minggu depan. Lepas tu saya tak follow up dah dengan kaunselor tu. Saya nak tengok.
5 Julai 2024 : Kakak minta balik
Minggu ni kakak minta nak balik. Dia dah tak larat nak ikuti program sekolah weekend tu. Saya faham sangat....dia dah terlalu penat sebab jadual harian dah terlalu padat ditambah dengan penyakit di hidapinya. Saya gagahkan diri mohon bawa anak balik dengan PKHEM dengan alasan nak bawa anak ke klinik dan rawatan luar. Dengan cermat dan teliti saya mesej pada PKHEM. Alhamdulillah kakak dapat balik. Minta lah apapun saya sanggup sediakan asalkan anak saya dapat balik. Bila balik rumah, kakak bagitau yang dia kurang senang dengan cara cikgu dia jawab mesej saya. Saya kata takpe....abaikan. Saya tak mau fikir. KIta fokus selesaikan masalah kita dulu. Kita ikut flow....insyaAllah.
10 Julai 2024 : Kakak pergi klinik refer ke doktor
Minggu depan hari selasa kakak call minta nak pergi klinik sebab dia kata kaunselor tu takkan panggil dia semula untuk next appoinment. Saya kata betul juga. Jadi hari rabu tu dia pergi klinik dengan warden. Petang tu kakak call macam biasa....dia kata doktor kata dia memang anxiety stage awal. Jadi minggu depan dia dirujuk ke doktor pakar. Minggu depan doktor pakar cakap benda yang sama. Luluh hati saya. SPM dah dekat sangat. Cuma yang lega sikit doktor kata kakak belum sampai perlu makan ubat. Cuma dia perlu jumpa kaunselor untuk tau apa yang perlu dia buat untuk kurangkan anxiety. Dalam masa yang sama saya teruskan cari dan gali lagi maklumat. Doktor pakar tu beri referral letter pada kakak untuk appoinment dengan kaunselor.
19 Julai 2024 : Kakak minta balik lagi
Minggu ni dalam masa yang sama, kakak minta lagi nak balik. Sekejap pun jadi lah dia kata. Saya faham sangat apa yang dia rasa. Hati saya sebagai ibu sedih dan luluh membayangkan ketakutan yang dia hadapi seorang diri di asrama. Dia tiada sesiapa di sana. Suami saya cuba mohon bawa anak pulang dengan PKHEM. Dengan ayat yang sangat teliti dan cermat, suami mohon pada PKHEM. Kami telan segala apa yang kami rasa asalkan kami dapat bawa anak kami balik. Saya tak mau cerita detail....tapi akhirnya kami dapat bawa dia pulang.
Lega tengok anak depan mata. Wallahi masa ni kami berdua kalau ikutkan hati memang nak sangat tukarkan dia ke sekolah dekat dengan rumah. Tapi kami pendam apa yang kami rasa. Sebab kami tak mau ganggu pelajaran kakak. Biar dia fokus. Lagipun sekarang bukan masa yang sesuai nak pindah sekolah, Nanti orang kata kami ni gila dan penting diri! Selagi mana kakak tak sebut nak pindah, kami pendam. Tapi dalam masa yang sama kami tak berhenti bagi dia semangat.
Masa ni juga hampir setiap minggu kami ulang alik ke asrama kakak. Bukan dekat.....dah boleh jamak. Duit tak yah cerita lah. Bukan apa....kita ni bukan orang senang sangat. Cukup2 je. Tapi demi anak kami lalu je. Yakin akan ada pertolongan dari Dia nanti.
Jadual Harian Yang Sangat Padat!
Nak dijadikan cerita satu hari telefon saya rosak. Saya tak ingat tarikhnya. Jadi kakak tak dapat call saya macam biasa. Bila jadi macam ni, dia call abah dia. Entah apa yang dibualkan mereka tak pasti, tapi petang tu suami tanya saya...."Kakak ada tak bagitau jadual dia sampai pukul 12,30 malam?" Saya kata...."Dia ada bagitau sebelum ni yang dia penuh sangat waktu malam tapi saya tak tau program apa atau kerja apa. Saya tak banyak tanya sebab saya ingatkan kerja2 pengawas" Suami pun cerita yang kakak bagitau kul 11.30 -12.30 malam diorang diwajibkan buat study group. Allah.....berat rasa dada dan kepala. Suami sangat marah. Tapi apa yang boleh kami buat? Takde apa. Jangan suruh kami complain!!! Serius masa ni rasa penat sangat. Lagi membuak-buak hati kami ni rasa nak tukarkan dia sekolah. Tapi kami pendam lagi.
Kami bukan jenis yang push anak supaya kami bangga dengan pencapaian dia. Anak adalah keutamaan kami walau apapun. Tapi dalam masa yang sama kami juga sangat jaga batas kami. Kami jenis yang sangat berhati-hati dalam bertindak. Sebab tu kami sentiasa ajar anak2 supaya banyakkan sabar dan redha. Kita ibu bapa adalah contoh tauladan terbaik bagi anak-anak. Walau macam mana sedih pun kita, kita tetap ada batasan dalam bertindak supaya kita tak keterlaluan. Islam ada garis panduannya dalam semua hal. Jadi semoga kita semua sentiasa di dalam panduan dan hidayahNya amin Ya Rabb.
Selasa, 30 Julai 2024
Surirumah : mencabar tak?
Jadi soalan dia....senang tak? Mencabar tak? Jawapan dia sangat susah dan mencabar. Saya cakap terus terang. Kenapa? Sebab :
- Tiada persediaan dari segi ilmu. Jadi mental sangat tertekan. Kita sangat muda masa tu....tak fikir panjang. Bila orang kata macam2, kita cepat terasa. Masa tu mula compare diri sendiri dengan orang lain...dengan adik beradik yang dah mula berjaya. Itu belum lagi hari-hari kena brain wash dengan family sendiri.
- Tiada persediaan dari segi kewangan yang kukuh. Sekarang ni semua benda perlukan duit. Alangkan duduk berdua pun saving tak banyak mana. Apatah lagi kalau dah ada anak....rasa2nya cukup ke duit nanti kalau isteri tak kerja? Jangan nanti sebab duit kita bercerai berai. Kesian anak yang tak tau apa. Bukan apa....orang sekarang tak kental macam mak2 kita dulu. Diorang dulu takde duit pun masih boleh kenyangkan semua anak2 dia. Dia masih sentiasa boleh senyum. Kita?
- Nak buat bisnes dari rumah tapi satu apa pun tak tahu!!! Ni lagi 1 hal. Pendek kata memang tak tau apa. Ini lah saya dulu. Tapi tu lah yakin terlebih. Menung tak tahu nak bisnes apa. Masa tu bila start je bisnes, baru tau susah giler ya amat rupanya bisnes ni. Masa ni mental kena kuat 10 kali ganda.
- Kita isteri selalu rasa tak selamat. Banyak sangat persoalan dalam kepala. Tapi kita lebih suka biarkan ia terus bersarang dalam kepala tanpa penyelesaian. Tapi soalan apa tu? Macam mana kalau nanti suami saya kahwin lain....saya mcm mana? Macam mana kalau tiba2 suami meninggal atau sakit tak boleh kerja....saya nak buat apa? Dua soalan ni mmg femes dan menakutkan mana2 wanita. Betul tak?
- Sebelum buat keputusan nak jadi surirumah, cari ilmu dulu. Kuatkan mental dulu. Zaman sekarang zaman duit....zaman semua orang suka nak menunjuk2 kekayaan dan kebahagiaan masing2 di medsos. Itu yang dalam medsos, yang luar medsos belum cerita lagi. Belajar dengan orang lain yang pernah jadi surirumah sepenuh masa. Apa preparation yang dia buat dan macam mana dia lalu. Penting juga untuk kita tahu pengalaman orang lain. Banyak sgt ilmu yang kita akan dapat. Mereka akan share ilmu dan pengalaman masing2. Mungkin dalam fb ada group surirumah....mana tau. Wallahu a'lam. Kalau ada boleh try join dan baca sharing mereka.
- Kena duduk bincang dulu berdua dengan suami. Kena tulis pro kon isteri tak kerja dan kesannya pada kewangan. Tak boleh semberono je. Kat sini si suami tu sendiri kena main peranan. Kalau isteri tu gaji dia kalau kerja dengan tak kerja sama je kesan dia...takpe lah. Tapi kalau dah memang isteri tu gaji agak lumayan, baik fikir semula untuk suruh isteri jadi surirumah. Nanti esok2 bila anak bertambah, pastu anak2 start sekolah, duit mula tak cukup. Lepas tu mula pinjam sana sini. Nak saving? Mimpi laaa. Lepas tu kalau cuti sekolah atau ada emegency di kampung, kita terpaksa bagi alasan macam2 sebab duit takde. Sakit sangat weh hidup macam ni. Jadi duduk dulu bincang dan tulis secara detail keperluan sekarang dan akan datang kita satu keluarga dalam sebulan. Buat lah table dalam excel. Jelas nampak. Wow besar rupanya commitment kita. Hah baru tau hehe.
- Ok dah nekad nak jadi surirumah dan biz dari rumah. Jadi sekarang ni survey dulu nak buat biz apa. Tp tolong ya adik2....cita2 dan impian tu jangan gah sangat. Buat je dulu biz yang modal ciput2. Pendek kata budak Univ pun ada duit kalau takat modal tu. Jadi buat lah biz dropship atau agent produk orang lain dulu. Ramai sangat dah yang dah berjaya hanya bermula dengan dropship. Modal kosong!!! Sekarang mereka jutawan dah. Lepas tu pilih company yang ada sediakan kelas marketing dan sebagainya. Dalam bab ni mmg kena sabar. Tak semestinya sekali buat terus jadi. Boleh jadi 10 comp awak join, semua fail. Takpe, jangan putus asa. Yang penting modal awak ciput. Kalau tak pening kepala laki awak nak cari modal. Setiap kali buat biz, ribu awak minta. Siannn dia. Dari sini banyak ilmu, pengalaman dan kawan yang awak akan dapat. Sekarang zaman internet, mudah sangat dah. Belajar, belajar dan belajar!
- Untuk yang ni, saya tak nafikan. 18 tahun saya hidup dalam kerisauan dan ketakutan. Jadi dengan pengorbanan yang macam ni isteri tu dah buat, maka suami tu kena lah spend 10% daripada gaji tu siap2.....buat hibah untuk isteri. Tak perlu pun hidup mewah tapi hibah sekecil RM100,000 pun awak tak boleh nak ambil untuk isteri dan anak2. Jangan cakap saya wakil insuran ye!!!. Sekeh kang. Saya egen hartanah ye. Tapi saya bercakap berdasarkan pengalaman. Itu saja.
Ahad, 28 Julai 2024
Anxiety Episod 1 : Kakak tak dapat jawab paper account (subjek favourite dia)
Allahumma Solli Ala Muhammad wa ala Aali Muhammad. Lama dah tak menulis. Kekangan masa dan sangat penat. Hari ni kerja masih banyak sebenarnya....malah belum mula pun lagi. Jam dah pukul 1 tengahari. Serius takde mood nak buka fail. Dada rasa ketat dan kepala rasa berat sangat.
Tak pasti sebenarnya nak share atau tak. Tapi tangan ni rasa nak menulis sesuatu. Kepala berputar ke masa setahun yang lepas....kadang-kadang sampai ke 18 tahun yang lepas. Semuanya datang bertamu....tanpa diuandang...sukar disekat. Perlu ke layan? Tak....tak boleh. Ok....kalau macam tu, let's write!!!
26 Jun 2024 : Kakak exam paper Account
Kakak habis exam hari ni. Saya tau hari ni paper account. Saya lega...tak susah hati macam selalu sbb yakin subjek ni dia boleh score. Petang lepas asar macam biasa, seperti mana yang dijangka....kakak call. Saya angkat fon sambil baring. Lepas tu dia kata....."Ummi, hari ni kakak tak dapat jawab paper account." Saya masih tenang dan masih baring. Sebab dia memang selalu mcm tu....mulut kata tak dapat jawab, tapi last2 dapat A jg. Last2 dia jg yang highest. Tapi saya tanya juga....."Takleh jawab macam mana?" Kakak jawab..."Sejam kakak tenung soalan pertama je. Kakak jadi blank tak tau nak jawab apa. Masa berbaki beberapa minit tu, kakak tak tau kakak jawab macam mana baki 3 soalan". Saya terkejut dan terpaku. Terus terbangun dari baring. Duduk di tepi katil. Saya cuba dengar lagi cerita kakak.
Kakak dah menangis teresak2. Saya pula yang jadi blank masa tu!. Dalam masa yang sama kemarahan saya naik membuak-buak. Sebab apa? Sebab benda ni pernah jadi masa dia UPSR dulu. Ingat balik masa UPSR dulu....saya sangat sedih dan kecewa. Sejak dari dia form 1 saya pesan pada dia beribu kali supaya jangan lagi ulangi peristiwa masa darjah 6 dulu. Bagi saya dia over thinking. Dia bukan saja kuat study tapi over thinking. Over thinking tu yang memusnahkan semua usaha dia selama bertahun-tahun. Dia over thinking sampai jadi sangat takut....last2 blank masa exam. Masa tu dia best student. Daripada peperiksaan pertengahan tahun sampai ke trial, dia sorang je yang dapat 6A. Last2 result sebenar dia dapat 3A je. Kami terdiam dan terduduk. Dalam masa yang sama sedih sangat tengok dia.
Kami semua sentiasa bagi sokongan tanpa berbelah bagi.....bagi dia semangat. Tapi tak sangka....hari ni macam berulang lagi. Saya marah sangat waktu tu. Memang marah sangat2!!. Sebab SPM dah nak dekat. Allahu sakit dada saya.
Malam tu entah kenapa kepala saya ligat berfikir. Hati ni rasa macam ada yang tak kena. Mula rasa menyesal sebab marah kakak petang tadi. Dah lah dia tengah sedih....dia yang jawab soalan....dia yang menanggung semua. Tapi saya marah pulak!!!. Rasa mcam nak pukul diri sendiri.
Esok pagi saya pergi mengajar macam biasa. Pagi tu saya panggil sorang pelajar saya ni....tanya dia tentang masalah kesihatan dia. Saya tau dia menghidap anxiety. Semalam anxiety dia datang....jadi dia tak datang kelas. Saya memang suka bertanya pelajar2 saya jika nampak mereka ada masalah. Bantu sekadar mampu. Saya tanya dia apa masalah awak kali ni sampai anxiety datang balik? Dia mula bercerita....penat sangat kata dia. Saya tanya lagi macam mana awak tau yang awak menghidap anxiety dulu? Dia cerita simptom2 awal. Saya terkejut...sebab simptom2 tu sama dengan simptom2 yang kakak hidapi selama ni. Kami dah bawa dia ke klinik beberapa kali. Doktor kata takde apa. Dah cek jantung, darah semua....semua ok. Ya sama! Sakit dada di ulu hati macam gastrik, rasa sesak nafas dan mengantuk.
Saya mula berfikir yang kakak ada anxiety. Ligat kepala saya mencari jalan untuk dapatkan jawapan yang lebih pasti dan jelas. Saya tak tahu sangat pasal anxiety ni tapi ada lah dengar2 orang dok bercerita. Jadi saya mula buat kajian dan bertanya kawan (lecturer USIM dalam bidang psikologi). Panjang sangat kami berbual dalam whatsapp. Tapi saya lega sebab banyak sangat dapat info. Benda-benda yang selama ni saya tak pernah tahu.
Esok petang kakak call lagi. Saya dah reda dan tenang....dia pun sama. Suara dia lebih tenang kali ni. Lepas tu saya kata pada dia...."Kakak, ummi rasa macam ada yang tak kena dengan kakak. Ummi tak pasti tapi rasa macam ada simptom anxiety". Lepas tu dia jawab "Ya kakak tau....kakak pun rasa mcam tu. Sebab kakak ada belajar pasal mental health kat sekolah. Cumanya kakak tak cakap kat ummi selama ni sebab kakak tak pasti"
Jadi bermula lah episod baru....ANXIETY.
Autistik : Rutin Hariannya
Lama betul dah tak menulis. Last Novembr 2024. Selalu teringat nak tulis tapi mood takde. Kali ni rasa nak rakam sikit coretan tentang anak ...

-
Bulan 10 / 2024.....bermula Peperiksaan Percubaan SPM yang pertama. Anak yang nak periksa, saya yang berdebar....pening kepala. Allah saje...
-
Lama betul dah tak menulis. Last Novembr 2024. Selalu teringat nak tulis tapi mood takde. Kali ni rasa nak rakam sikit coretan tentang anak ...
-
Berdamai dengan takdir....mudah ke? Tapi apa yang lebih penting, apa maksudnya? Perkataan mudah dan yang lebih tepat lagi adalah REDHA. Mu...