Lama betul dah tak menulis. Last Novembr 2024. Selalu teringat nak tulis tapi mood takde. Kali ni rasa nak rakam sikit coretan tentang anak bujang kami....anak istimewa.
Kali ni kisah terjadi waktu nak hantar dia ke sekolah. Ada dua peristiwa sebenarnya. Dua2 peristiwa ini berikan saya pelajaran baru tentang diri dia yang istimewa itu. Kali pertama terjadi awal tahun 2025. Awal pagi tu macam biasa saya siapkan dia untuk ke sekolah. Dan macam biasa juga lah dia buat macam2 helah untuk tak nak pergi sekolah. Kita serba salah. Setiap hari cuba terangkan, cuba diplomasi, cuba pujuk....akhirnya terpaksa marah juga sebab penat sangat. Bukan mudah. Dia takkan putus asa dengan apa yang dia nak sangat. Dia tak pernah penat. Yang penatnya kita. Kita akan sangat penat dan kekeringan idea.
Berbalik kepada kisah pertama tadi. Pagi tu macam biasa dia minta sangat nak pakai baju kesukaan dia (pakaian di rumah). Saya fikir....ok lah kali ni bagi lah dia peluang pakai baju tu ke sekolah. Lagipun dia baru tadika. Tak strict sangat pasal peraturan lagi. Ok saya bagi dan pagi tu dia pergi sekolah pakai tshirt biasa. Tapi entah macam mana......sampai je ke sekolah, dia mengamuk sakan bila nampak cikgu dia. Tak macam biasa. Anak autism ni kalau mengamuk....bukan biasa2. Istilah orang sekarang.....MELTDOWN. Dia mengamuk tiba2 dan kita tak tau apa sebab dia. Dia pula tak reti nak cerita kesedihan dan kekecewaan hati dia. Tapi sebagai ibu saya dapat baca. Masa tu saya tau saya dah buat kesilapan pertama iaitu beri dia pakai baju rumah pergi ke sekolah. Sebab apa? Sebab budak macam dia, bila kita ubah sikit je rutin dia.....dia akan mula keliru dan salah faham. Jadi sejak itu setiap pagi saya akan pastikan dia pakai baju sekolah tanpa gagal. Lepas tu takde dah meltdown masa nak pergi ke sekolah.
Kedua.....lain pula punca dia. Yang tadi puncanya baju, kali ni punca nya lewat pergi sekolah. Hari tu kami suami isteri kurang sihat. Jadi pergerakan kami agak perlahan. Tak laju macam biasa. Saya fikir takpe lah lambat kali ni. Takde masalah insyaAllah. Lagipun dia baru tadika. Yang penting pakai baju sekolah. Pagi tu sampai sekolah dia jam 9.15pagi. Sampai je tengok2 cikgu dan pelajar2 semua takde. Suami tanya....cuti ke hari ni? Saya cek group wasap....tak pun. Sekolah je macam biasa. Suami hubungi guru besar. Ohhh....diorang pergi UPSI rupanya. Ok, jadi kami ke UPSI untuk hantar dia ke sana berdasarkan location yang guru besar dia beri. Masa tu anak dah tanya....where are we going ummi? Saya jawab.....we go to another place. Sebab saya tak pasti UPSI tu di mana. Kalau tersilap cakap, nanti dia mengamuk. Jadi saya bagi ayat umum. Sampai je kat tempat tu....ohhh, play ground. Kami berdua lega. Yakin sangat yang dia akan bersorak riang.
Saya pun bawa dia sambil pegang beg sekolah dia ke cikgu dia yang dah sedang duduk di taman permainan tu. Sampai je di situ dia tiba2 mengamuk dan berlari ke arah kereta kami. Dia masuk kereta semula dan bagitahu....I wanna go home. Menjerit2 dia ulang ayat ni. Bingung kami seketika. Tapi saya dapat baca sebab dia. Bila rutin dan aturan harian dia berubah walaupun sikit, dia mula keliru dan salah faham. Dia ingat hari ni tak perlu dah pergi sekolah. Tapi tau2 cikgu dan kawan2 dia ada di situ. Rutin yang sepatutnya adalah dia mesti dihantar ke sekolah.....awal pagi. Jadi bermula esoknya walau macam manapun jam 8pagi kami antar dia ke sekolah. Tak mau dah sampai lambat.
Begitu lah kami. Masih sentiasa belajar besarkan anak seolah2 macam kami tak pernah ada anak sebelum ini. Sebab dengan anak istimewa ini, segala2nya pengalaman baru dan manis buat kami. Saya gunakan perkataan manis sebab semua ini akan jadi kenangan satu hari nanti buat kami berdua. Kalau kita sabar, semua susah ini kita takkan rasa sangat dan Allah akan segera gantikan dengan kemudahan dan kelancaran yang kita tak sangka.